Searching...
Wednesday, March 18, 2015
3:19 AM 0

Perkembangan terkini Zizan Razak selepas kemalangan teruk di Putrajaya?


Pagi ini Murai Batu dikejutkan dengan berita oleh sebuah blog yang menyatakan pelawak Zizan Razak telah kemalangan ketika memandu kereta Ferrari kuning miliknya di Putrajaya.

Dan sehingga waktu Murai Batu menulis artikel ini, tiada pengesahan dan perkhabaran lanjut tentang berita tersebut.

Sebuah foto yang telah dimuatnaik oleh pengarah Ghaz Abu Bakar di laman Instagram menunjukkan Zizan dan Ferrari miliknya sekitar jam 6 petang semalam seakan mengesahkan sedikit sebanyak tentang khabar itu.

Jadi Murai Batu pun tunggu jugak la kot-kot ada berita lanjut tentang berita ini. Bukan apa, simpati jugak la Murai Batu dengan Zizan sebab bermacam dugaan telah dihadapinya dalam sebulan dua ini. Putus cintalah, kontroversi dengan pengarah la dan macam-macam lagi.

Namun ada khabar baik buat peminat Zizan, lebih kurang sejam lalu, pelawak tersebut telah memuatnaik foto di laman Instagram miliknya beserta dengan kapsyen yang menyatakan dia OK.


Tiada butiran lanjut diberikan Zizan, cuma sebuah foto yang menunjukkan dia sedang bermain dengan telefon bimbitnya serta kapsyen ringkas.

Apa-apa pun syukurlah keadaan Zizan OK, cuma keadaan keretanya kita tidak tahu. Apa-apapun nyawa lebih pentingkan, harta benda boleh dicari. Semoga Zizan lebih abah berdepan pelbagai dugaan ini - Murai Batu.

0 comments:

Post a Comment